More

    Kesemua Ahli Parlimen PAS Kekal Sokong Muhyiddin

    Kesemua 18 ahli parlimen PAS menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerjaui kerajaan Perikatan Nasional (PN), demikian tegas Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan.

    Beliau mengulas dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya mendapat sokongan majoriti ahli-ahli parlimen untuk membolehkannya membentuk kerajaan baru dan akan mempersembahkan senarai nama berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Selasa ini.

    “Pas menganggap isu yang dibangkitkn oleh individu yang sama ini adalah tindakan terdesak yang mempunyai kepentingan serta cita-cita peribadi di samping ‘menangguk di air keruh’ ketika kerajaan PN sedang menguruskan masalah Covid-19 serta langkah pemulihan ekonomi negara,” katanya.

    PAS juga yakin bahawa Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah akan mengendalikan hal ini berlandaskan undang-undang dan perlembagaan negara.

    “Dalam hal ini Pas sekali lagi amat yakin YDPA tidak akan melayan tindakan desparado ini,” katanya lagi.

    Parti itu juga melahirkan harapan agar kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat kesejahteraan negara dan rakyat apatah lagi di kala pandemik Covid-19 sedang melanda.

    Terdahulu beberapa ahli parlimen Umno menafikan sokongan mereka terhadap Anwar selepas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mendakwa mempunyai sokongan dua pertiga di Parlimen.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini