Kesemua Adun Kedah Dijadual Menghadap Sultan Esok

Seramai 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah dijadual menghadap Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman, di Alor Setar, esok.

Portal Bernama melaporkan bahawa Beberapa ADUN daripada Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Bebas yang dihubungi mengesahkan perkara itu, hari ini.

Dijadualkan  wakil rakyat daripada PN akan mengadap baginda pada sebelah pagi, manakala Adun PH pula akan berbuat demikian pada sebelah petang.

Sementara itu,anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuah Mohd Firdaus Ahmad menjelaskan telah menerima pelbagai pandangan dan nasihat daripada Tun Mahathir selepas pertemuannya bersama Pengerusi Bersatu itu hari ini.

Bagaimanapun katanya, paling ditekankan oleh bekas perdana menteri itu adalah supaya beliau meneruskan perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air.

“Pertemuan saya dengan Tun berlangsung selama sejam, dan apa yang penting beliau sampaikan amanat supaya berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air,”

Ditanya mengenai pandangan Dr Mahathir berkenaan keputusan sama ada beliau akan menyokong PN Kedah, Mohd Firdaus berkata, Dr Mahathir berpesan supaya ‘tepuk dada, pilih selera’.

Sekali gus, Mohd Firdaus memberi gambaran beliau akan meneruskan sokongan kepada PN dan kekal bersama Bersatu.

“Tun juga pesan supaya berjuang untuk parti, dan bukan untuk diri sendiri.

“Insya-Allah pesan Tun berjuang untuk parti akan saya pegang, dan saya pilih parti.  Sesiapa pun yang memimpin tetap parti yang sama,” katanya ketika ditanya sama ada akan menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong PN atau tidak katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles