Kes Tembak Isteri Di KLIA: Suspek Tukar Pengakuan Kepada Bersalah Terhadap Tujuh Pertuduhan

KUALA LUMPUR: Lelaki terbabit kes tembakan di KLIA Terminal 1 tahun lalu menukar pengakuannya kepada bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas tujuh pertuduhan, termasuk memiliki senjata api selepas lebih 10.

Hafizul Hawari, 38, menukar pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abdullah, lapor Berita Harian.

Mahkamah menetapkan Selasa depan untuk fakta kes dan prosiding jatuh hukum.

Hafizul didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki sepucuk pistol tanpa lesen sah, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki 33 butir peluru dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, iaitu memiliki satu bungkusan mengandungi mercun bola tanpa permit.

Dia turut berdepan tiga pertuduhan mengikut 25(1)(o) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana memiliki tiga kad pengenalan individu serta satu tuduhan menggunakan nombor pendaftaran palsu di bawah Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan dalam sebuah Honda Civic di pekarangan KPJ Perdana Specialist Hospital di Kota Bharu pada 15 April 2024.

Prosiding itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Nik Mohd. Faris Syazwan Zainuzzaman.

Hafizul turut berdepan tuduhan cuba membunuh isterinya, Farah Md Isa, 38, dan mencederakan pengawal peribadi mangsa dalam serangan di KLIA pada 14 April 2024. Dia mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu.

BBerkaitan

Latest articles