KUALA LUMPUR: Lima panel hakim hari ini mendengar permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Panel berkenaan diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli.
Tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang, Datuk Nordin Hassan dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais turut bersidang.
Bekas Perdana Menteri itu diwakili barisan Peguam diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala Datuk V Sithambaram mengetuai pendakwaan selaku responden dalam semakan berkenaan.