Kes Serangan Farhash Terhadap Yusoff, Anwar Mungkin Jadi Saksi

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin dipanggil mahkamah sebagai saksi dalam kes saman Muhammad Yusoff Rawther terhadap pembantu politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Ini memandangkan nama Anwar berada di dalam senarai individu yang mungkin dipanggil sebagai saksi semasa pendengaran kes saman Yusoff di hadapan Mahkamah Sesyen Shah Alam yang bermula pada 30 Mac tahun depan.

Saman itu dikemukakan Yusoff berhubung Tindakan serangan fizikal yang didakwa berlaku terhadapnya di pejabat Anwar di Bukit Gasing pada Mei tahun lalu.

Memetik Malaysiakini, peguam yang mewakili Yusoff, Mohamed Haniff Khatri Abdulla mengesahkan Anwar adalah saksi yang berpotensi di dalam tuntutan mahkamah terhadap Farhash.

“Namanya (Anwar) ada di dalam daftar saksi, tetapi kami belum memutuskan untuk memanggilnya atau tidak (untuk memberi keterangan semasa perbicaraan).

“Sama ada Anwar akan memberikan keterangan, baik sebagai saksi untuk plaintif atau defendan, akan bergantung pada perkembangan kes itu, dan keputusan pihak-pihak masing-masing,” kata Haniff.

Mahkamah Sesyen Shah Alam menetapkan saman berkenaan untuk didengar di hadapan Hakim Fathiyah Idris pada 30 dan 31 Mac tahun depan.

Turut disaman adalah setiausaha akhbar Anwar, Tunku Nashrul Tunku Abaidah.

Kedua-dua saman berasingan itu diajukan di Mahkamah Sesyen Shah Alam tahun lalu.

Menerusi sidang media 3 Disember tahun lalu, Yusof mendakwa telah diserang secara seksual oleh Anwar.

Bagaimanapun pada 14 Januari lalu, Jabatan Peguam Negara mengumumkan tiada pendakwaan yang akan dikenakan terhadap Anwar kerana kekurangan keterangan.

Pada 24 Jan, Farhash memfailkan saman fitnah terhadap Yusoff berhubung sidang media pada 3 Disember, dimana tindakan undang-undang ini difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada 20 Februari, dilaporkan polis telah membuka kembali siasatan kes tuduhan serangan terhadap Yusoff.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

CUEPACS Gesa Tindakan Tegas Pesakit COVID-19 Minum Bir Di PKRC

Susulan tular gambar membabitkan beberapa individu meminum bir di sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Kota Kinabalu sejak semalam, Kongres...

Terjun Bangunan Bersama Bayi 5 Bulan

Berang kerana kekasih enggan mengahwininya, seorang wanita kaya kacukan China-Amerika ditemukan maut dalam keadaan berbogel selepas terjun dari pangsapuri sambil memeluk bayinya berusia lima...

Polis Siasat Dakwaan Remaja Perempuan Dirogol Dalam Tahanan

Dua anggota polis digantung tugas serta-merta setelah wujud dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dirogol oleh tahanan lain ketika berada di dalam lokap...

KPM: Pelajar Yang Mengambil Peperiksaan Utama Sahaja Masuk Sekolah 20 Jan Ini

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari 2021 bagi seluruh negara hanya melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan...

Hospital Bersepadu MAEPS mula beroperasi 24 Jan depan – Dr Adham

Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, dekat sini akan mula beroperasi pada 24 Jan ini bagi merawat pesakit COVID-19 kategori tiga,...