Kes Rogol: Dr Akmal Gesa Kuasa Merotan Dikembalikan Kepada Guru

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh mencadangkan agar kuasa merotan murid di sekolah dikembalikan kepada guru sebagai langkah mendidik dan membentuk disiplin pelajar.

Menurut beliau, hukuman rotan bukan bertujuan mencederakan, sebaliknya sebagai peringatan terhadap kesalahan yang dilakukan.

“Merotan bukan mahu membunuh. Ia satu bentuk pengajaran supaya kesalahan diingati dan melahirkan manusia yang lebih beriman pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden mengejutkan membabitkan empat pelajar tingkatan lima yang didakwa merogol seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Melaka, minggu lalu.

Media sebelum ini melaporkan kejadian tragis itu berlaku sekitar jam 2.50 petang pada 2 Oktober lalu apabila mangsa kembali ke kelas di tingkat tiga untuk mengambil bahan projek mata pelajaran Sains.

Mangsa dipercayai diheret masuk ke dalam kelas sebelum dua suspek merogolnya, manakala dua lagi rakan mereka didakwa menyaksikan dan merakam perbuatan keji itu menggunakan telefon bimbit.

BBerkaitan

Latest articles