Kes Riza Aziz: Tommy Thomas Dan Azam Baki Berbalas Kenyataan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempertahankan penyelesaian terhadap penerbit Hollywood, Riza Aziz, adalah betul seperti dipersetujui bekas peguam negara, Tommy Thomas kerana ia merupakan keputusan dibuat pasukan pendakwaan kes itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengulas penafian Thomas yang beliau bersetuju dengan penyelesaian bagi kes Riza yang dilepas tanpa dibebaskan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan pengubahan wang.

“Ini adalah kes yang sedang berjalan di mahkamah, jadi apa-apa saja keputusan dibuat timbalan pendakwa raya. Kami hanya maklumkan kepada masyarakat umum mengenai apa yang berlaku saja, Itu saja.

“Itu yang dimaklumkan kepada saya. Itu ceritanya, kalau tidak takkan kenyataan itu jadi seperti itu. Tidak mengapalah, kalau bekas peguam negara hendak nafikan perkara itu, ia terpulang kepadanya. Saya okey dan kami teguh dengan kenyataan kami,” katanya lapor portal FMT sebentar tadi.

Baca 
ANAK TIRI BEKAS PM DIBENAR LEPAS TANPA BEBAS

Dalam pada itu Portal Malaysia Insight melaporkan bahawa BEKAS peguam negara Tommy Thomas telah menafikan bahawa beliau bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk membatalkan pertuduhan jenayah pengubahan wang haram terhadap Riza Aziz.

Kenyataan beliau itu adalah respons beliau terhadap kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjelaskan perkara yang menyebabkan Mahkamah Sesyen membatalkan pertuduhan terhadap anak tiri Najib Razak hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, agensi itu berkata bahawa keputusan untuk membatalkan pertuduhan tersebut telah dipersetujui oleh Thomas.

Menjawab perkara ini, Thomas mengatakan bahawa beliau menyedari bahawa peguam Riza Aziz telah membuat kenyataan bertulis kepada Jabatan Peguam Negara mengenai kes tersebut. Perwakilan sedemikian biasanya dibuat oleh peguam bagi pihak tertuduh dan merupakan amalan biasa di kebanyakan bidang kuasa.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini telah melepas tanpa membebaskan Riza atas 5 pertuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta.

Hakim Azman Ahmad membenarkan permohonan itu selepas Pendakwa Raya ad hoc, Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah ia tertakluk kepada tertuduh memenuhi perjanjian itu.

BBerkaitan

Latest articles