Kes Dadah: Anak Mat Sabu Dipenjara 8 Bulan

Anak kepada bekas menteri pertahanan, Mohamad Sabu hari ini djatuhkan hukuman penjara lapan bulan atas kesalahan penyalahgunaan dadah pada awal tahun lalu.

Majistret Mahkamah Kuala Lumpur, Mohamad Aizat Abdul Rahim menjatuhkan hukuman terhadap Ahmad Saiful Islam selepas pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes melampaui keraguan.

Mohamad Aizat juga memerintahkan Ahmad Saiful menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan diletakkan di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis selama dua tahun sebaik selesai menjalani hukuman penjara.

Anak kepada Presiden Amanah itu terdahulu mengaku tidak bersalah di mahkamah sama pada 13 Jun 2019 atas tuduhan menyalahgunakan dadah di sebuah pusat hiburan di ibu negara pada Januari tahun lalu.

Dia ditahan dalam Op Pusat Hiburan Bersepadu oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

BBerkaitan

Latest articles