Kes Cabul: Warga Asing Sudah Dituduh Di Mahkamah

KUALA LUMPUR: Warga asing yang mencabul seorang pelajar perempuan di sebuah pasar raya di Sungai Buloh telah dituduh di Mahkamah Klang pada 27 September lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, tangkapan terhadap suspek dibuat susulan laporan dibuat oleh ibu bapa mangsa pada 18 September lalu di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sungai Buloh.

“Kejadian mangsa dicabul berlaku di sebuah pasar raya di Sungai Buloh di mana suspek merupakan warga asing telah mencabul mangsa di dalam pasar raya tersebut.

“Terdapat rakaman CCTV semasa kejadian berlaku,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas penularan video menunjukkan perbuatan warga asing mencabul mangsa.

Hussien berkata, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

BBerkaitan

Latest articles