Kes Bekas Pengasas Revenue Group – Saksi Tidak Dimaklumkan Bahawa Nominee Kepada Akaun Merupakan Seorang Yang Bankrap

KUALA LUMPUR: Mahkamah diberitahu bahawa pihak Bank CIMB tidak dimaklumkan bahawa Cheng Yuen Chen adalah nominee kepada abangnya yang juga pemilik sebenar Syarikat Omega Dynasty Sdn Bhd, Cheng Choon Choon ketika permohonan membuka akaun di CIMB cawangan Desa Park di sini, tiga tahun lalu.

Saksi pendakwaan,foo Wai theng , 56, menjawab soalan balas yang dikemukakan Peguambela, Tan Sri Dzulkifli Ahmad pada hari perbicaraan kedua dan ketiga di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Wai theng turut memberitahu mahkamah, bahawa pihaknya tidak dimaklumkan status Cheng Choon Choon sebagai muflis.

Beliau berkata demikian, ketika menjawab soalan Peguambela, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Katanya, pemakluman mengenai perkara itu kepada pihak bank adalah tanggungjawab syarikat berkenaan dan pihak bank boleh menolak permohonan membuka akaun di mana-mana cawangannya jika syarat yang diperlukan tidak dipatuhi.

Wai Theng juga memberitahu, bahawa pihak bank akan menolak serta merta permohonan membuka akaun jika menyedari status pemilik sebenar syarikat berkenaan sebagai muflis.

“Pihak bank tidak dimaklumkan bahawa Cheng Yuen Chen adalah nomimee kepada Cheng Choon Choon dan kita juga tidak dimaklumkan bahawa dia adalah seorang yang muflis.

Tan Sri Dzulkifli Ahmad ketika hadir di mahkamah pagi ini

“Pihak bank tidak akan membenarkan akaun dibuka untuk kepentingan orang lain yang muflis….meletakkan orang lain sebagai pengarah syarikat.

“Pihak bank boleh menolak permohonan membuka akaun dan menutup akaun yang sudah diaktifkan,” katanya menjawab soalan balas.

Selain Dzulkifli pihak pembelaan turut diwakili Amer Hamzah, Joshua Tay , New Sin Yew, manakala Timbalan Pendakwa Raya diwakili, Mohd Shahrom Idris.

Perbicaraan berlangsung dihadapan, hakim Rozina Ayob.

Pada masa sama, Dzulkifli turut bertanya sama ada kesemua maklumat iaitu kedudukan Pengarah Syarikat sebagai nominee kepada orang lain dan status bankrap pemilik sebenar syarikat adalah maklumat penting kepada pihak bank.

“Maklumat itu penting “ jawab Wai theng.

Dzulkifili turut meminta Wai theng  membuat beberapa pengesahan aktiviti transaksi aliran tunai keluar masuk dengan jumlah keseluruhan melebihi RM1.3 juta membabitkan akaun Omega Dynasty Sdn Bhd.

Kesemua transaksi itu disahkan oleh Wai theng.

Peguam Amer Hamzah Dan New Sin Yew ketika sampai di Mahkamah pagi ini

Dalam pada itu, Wai theng  turut mengesahkan bahawa beliau hanya membaca penyataan saksi yang disediakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pada pagi Jumaat sebelum perbicaraan hari pertama berlangsung.

Semalam, Amer Hamzah Turut memohon Mahkamah untuk mengeluarkan perenggan 4 hingga 9 di dalam keterangan saksi pertama kerana tidak relevan di dalam kes ketika ini.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya mempertahankan perenggan berkenaan dan menegaskan keterangan saksi dalam perenggan itu adalah relevan untuk digunakan dalam prosiding berikutnya.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan itu dan tidak menolak jika Shahrom mahu memasukkan semula keterangan itu kemudian hari.

Dalam pada itu saksi pendakwaan, Wai theng bersetuju bahawa pernyataan saksi yang dibacanya itu disediakan oleh pihak SPRM dan bukan disediakan olehnya selain mengakui terdapat banyak perkara yang tidak berkaitan dimasukkan.

Katanya lagi, beliau dihubungi seorang pegawai SPRM bernama  Eekram untuk diambil keterangan. Dia turut memaklumkan bahawa keterangan itu diambil di pejabatnya di CIMB Cawangan Desa Park.

Dia kemudian diminta hadir ke Pejabat SPRM di Putrajaya hanya untuk mengesahkan kenyataan saksi yang sudah disediakan.

Wai theng memberitahu bahawa beliau hanya sempat membaca keseluruhan kenyataan itu pada pagi hari Jumaat 7 Jun lalu iaitu sebelum perbicaraan bermula.

Perbicaraan bersambung esok.

BBerkaitan

Latest articles