PUTRAJAYA,— Prosiding perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak, yang berjalan separuh hari ini menyaksikan hujahan pembelaan yang menumpukan kepada kredibiliti saksi utama dan ketepatan bukti dokumen yang dikemukakan pihak pendakwaan.
Peguam kepada Datuk Seri Najib, Datuk Hasnal Rezua Merican berkata Tan Sri Shafee Abdullah, yang mengetuai barisan peguam bela, berhujah bahawa beberapa keterangan penting dalam kes ini tidak boleh diterima pakai kerana bersifat dengar cakap berganda (double hearsay) dan tidak disokong bukti langsung.
Tan Sri Shafee yang memetik kes rujukan PP v. Supramanium yang diputuskan oleh Privy Council, dengan menegaskan bahawa keterangan yang memetik individu ketiga — dalam hal ini Jho Low tanpa kehadiran saksi tersebut di mahkamah, tidak sah menurut undang-undang keterangan.
Beliau berhujah bahawa kenyataan kononnya “Jho Low memberitahu saksi bahawa Dato’ Sri Najib memberi arahan” adalah bentuk double hearsay yang tidak mempunyai nilai probatif.
Tapi apa yang mengejutkan, ketika beliau lima minit ke dalam hujahannya, Tan Sri Shafee telah berkata bahawa tiada kes terhadap Dato’ Sri Najib Razak — beliau patut dilepas dan dibebaskan serta-merta
“Yang Arif, dengar betul-betul hujahan saya, dan menjelang akhir hujahan saya tentang perkara keterangan dengar cakap ini, sudah memadai untuk Yang Arif terus merumuskan hari ini juga bahawa tiada kes terhadap Dato’ Sri Najib Razak — beliau patut dilepas dan dibebaskan serta-merta.”
Menurut Hasnal setelah beliau berhujah tentang keterangan dengar cakap ini, beliau sampai ke tahap di mana beliau membuat rujukan kepada hujahan yang dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya dalam kes Dato’ Sri Najib ini semalam.
Dalam hujahan beliau semalam, beliau telah menyediakan nota ringkas tentang apa yang diperkatakan mengenai arahan yang dibuat oleh Jho Low serta dua tiga orang lagi.
Beliau yang turut memetik keterangan beberapa orang — Shahrol Azral, Jasmine Loo dan beberapa lagi yang kononnya menyatakan bahawa Jho Low memberitahu mereka bahawa Dato’ Sri Najib memberitahu Jho Low. Ini yang disebut semalam.
Tan Sri Shafee berhujah bahawa ini adalah double hearsay kerana Jho Low tidak dibawa ke mahkamah. Jadi, orang yang memetik mengatakan Jho Low mengatakan bahawa Dato’ Sri Najib mengatakan — ini adalah double hearsay. Tan Sri Shafee kata ia tidak boleh dipakai.
Menut hasnal pihak pendakwaan berhujah bahawa mereka menggunakan prinsip kes Subramanium v. Pendakwa Raya, dan kes mereka merupakan satu pengecualian. Namun Apa maksud pihak pendakwaan dengan mengatakan ini satu pengecualian soalnya lagi.
Menurutnya jika pihak pendakwaan tidak mahu menunjukkan atau tidak berminat untuk membuktikan bahawa arahan-arahan yang dikatakan datang daripada Dato’ Sri Najib, maka beliau patut dilepaskan serta-merta.
Kerana kes terhadap beliau ialah bahawa beliau telah mengambil langkah-langkah dan membuat arahan melalui Jho Low yang kononnya merupakan mirror image — cerminan bayangan Dato’ Sri Najib. Apa yang Dato’ Sri Najib arahkan, itulah yang Jho Low kata.
Hari ini, pihak pendakwaan kata mereka tidak berminat untuk menunjukkan bahawa arahan-arahan ini datang daripada Dato’ Sri Najib.
Jadi, Tan Sri Shafee kata pada tahap itu, kalau mereka tidak berminat untuk menunjukkan arahan-arahan ini semua datang daripada Dato’ Sri Najib, mereka hanya berminat untuk menunjukkan apa yang dilakukan oleh pegawai-pegawai dalam 1MDB tanpa mengaitkannya sebagai arahan yang diberikan oleh Dato’ Sri Najib, maka Dato’ Sri Najib wajar dilepaskan dan dibebaskan serta-merta tegas Shafee.
Pendakwaan Tidak Buktikan Arahan Daripada Najib
Dalam hujahan lanjut, jelas Hasnal, Shafee menyifatkan konsep “mirror image” dan “top-down instruction” yang digunakan pendakwaan sebagai rekaan tanpa asas undang-undang.
Menurutnya, undang-undang korporat hanya mengiktiraf prinsip seperti “alter ego”, “thinking mind” dan “willing power”, bukan teori “mirror image” yang dikatakan mengaitkan Najib secara langsung dengan tindakan 1MDB.
“Prinsip-prinsip ini dicipta kerana pendakwaan gagal menunjukkan bahawa Dato’ Sri Najib adalah alter ego kepada 1MDB atau mengawal urusan syarikat secara langsung,” jelas beliau.
MESEJ BBM Dedah Surat Sumbangan Arab Sudah Ada Sebelum 2015
Isu ketiga yang menjadi fokus hujahan hari ini ialah ketidaktepatan rujukan surat sumbangan Arab Saudi serta mesej BlackBerry (BBM) antara pegawai bank AmBank, Joanna Yu, dan Jho Low.
Shafee berkata, hujahan Timbalan Pendakwa Raya, Puan Deepa Nair, semalam yang mendakwa mesej tersebut merujuk kepada surat lain (kepada Bank Negara) adalah tidak tepat.
Berdasarkan semakan mesej BBM penuh dan keterangan soal balas di mahkamah, Shafee menjelaskan bahawa Joanna Yu sebenarnya merujuk kepada surat sumbangan Arab Saudi keempat, yang telah diterima oleh pihak AmBank menjelang Jun 2014.
Ini sekaligus menafikan dakwaan saksi Jasmine Loo yang sebelum ini mendakwa surat keempat itu dipalsukan oleh mendiang Kee Kok Thiam di Mayfair, London pada Januari 2015.
Saksi Jasmine Loo Tidak Boleh Dipercayai
Tan Sri Shafee seterusnya berhujah bahawa percanggahan keterangan ini membuktikan Jasmine Loo bukan saksi yang boleh dipercayai.
Beliau menegaskan, bukti mesej BBM menunjukkan AmBank telah memiliki keempat-empat surat sumbangan Arab Saudi lebih awal daripada tarikh dana dimasukkan ke akaun peribadi Dato’ Sri Najib.
“Ini jelas menunjukkan versi pendakwaan bahawa surat itu dipalsukan adalah tidak benar,” katanya, sambil menyimpulkan bahawa asas pertuduhan berkaitan dana sumbangan Arab Saudi telah goyah jelas Hasnal lagi,
Mahkamah kemudiannya menangguhkan prosiding ke Selasa, 4 November 2025, bagi memberi ruang kepada Tan Sri Shafee menamatkan hujah pembelaan dan kepada pihak pendakwaan menjawab isu-isu baharu yang dibangkitkan.










