Kerjasama UMNO-PAS Pahang Tetap Utuh

UMNO Pahang komited meneruskan kerjasamanya dengan PAS, begitu juga dalam mendepani pilihan raya umum yang akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kejayaan kerjasama di antara dua parti itu itu menerusi Pilihan Raya Kecil Cameron Higlands tahun lalu akan diterjemahkan lagi pada PRU15.

“PAS dan UMNO memang sudah yakin dari dulu lagi. Tiada apa hendak diyakinkan lagi, memang yakin.

“Kerjasama muafakat UMNO dan PAS di Cameron Highlands sebelum ini terbukti berkesan dan membawa kemenangan dengan majoriti besar.

“Sejak Muafakat Nasional (MN) dimeterai, kerjasama yang baik dilihat memberi manfaat kepada rakyat kerana berupaya memberi perkhidmatan terbaik,” katanya.

Menteri Besar Pahang itu juga menegaskan UMNO dan PAS saling memerlukan di antara satu sama lain lebih-lebih lagi dalam menguruskan pentadbiran kerajaan.

“Saya dah jumpa kepimpinan PAS, mereka bersama dengan kita..kita memang bersama dengan mereka sejak awal lagi.

“Yang saya tahu PAS memang ingin bersama UMNO dan UMNO pun ingin bersama PAS, sebabnya kita kekal bersama daripada 15 Mei 2018 sampai sekarang,” ujarnya.

Beliau yakin gabungan mereka boleh memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat kerana tiada tersangkut dengan masalah politik.

Justeru beliau menegaskan rakyat perlu mengenang siapa yang mengaruk air, yang memikul beras demi memberi bantuan kepada rakyat semasa dilanda banjir buruk.

“Kita bersyukur genap 15 Mac genap setahun kerajaan memerintah Pahang, saya dibantu rakan-rakan BN dan PAS.

“Kami sudah buat sehabis baik untuk rakyat negeri Pahang Daripada tiada duit sehingga ada duit,” jelasnya.

Latest articles

Related articles

spot_img