Kerjasama SPRM, FBI Dan DOJ Bantu Pulihkan Dana 1MDB RM90 Juta

KUALA LUMPUR: Dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak AS$20 juta (bersamaan lebih RM90 juta) berjaya dipulihkan hasil kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

SPRM dalam satu kenyataan berkata dana itu melibatkan seorang ahli perniagaan, Frank White Jr dan rakan kongsi firma pelaburan DuSable Capital Management LLC (DuSable).

Katanya, ahli perniagaan itu secara sukarela bersetuju menyerahkan wang berkenaan kepada DOJ selepas mendapati dana diterima oleh DuSable itu berasal daripada sumber dikaitkan dengan 1MDB serta disalahgunakan walaupun tidak menyedari sumber itu ketika menerimanya.

“SPRM dan Kerajaan Malaysia komited untuk meneruskan usaha pemulihan aset berkaitan 1MDB. Sehingga kini, sebanyak RM29.73 bilion berjaya dipulangkan kepada kantung kewangan kerajaan” katanya hari ini.

Sehingga kini jumlah keseluruhan RM29.73 bilion telah berjaya dipulangkan kepada kantung kewangan kerajaan Malaysia.

Dalam masa sama, SPRM memaklumkan pihaknya sedang giat mendapatkan aset diselewengkan dari beberapa negara lain seperti Kuwait, Hong Kong, United Kingdom dan negara di Eropah.

“Usaha ini akan terus diperhebatkan melalui kerjasama strategik dengan rakan antarabangsa dalam memastikan aset yang disalahgunakan dapat dipulihkan demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles