Kerjasama Mantap PAS, Umno Dan Bersatu Mampu Hadapi PRU15

PAS melahirkan keyakinannya dengan kerjasama antara parti itu bersama Umno dan Bersatu bakal memberi keputusan yang terbaik dalam Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.

Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, gabungan Perikatan Nasional (PN) yang disertai PAS turut yakin dengan komitmen dan kepimpinan kerajaan di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“PAS yakin parti-parti yang membentuk PN telah bersedia untuk memacu tenaga dan jentera bagi melengkapkan persiapan dan kesiapsiagaan barisan bersama termasuk memuktamadkan pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU 15 meskipun tarikhnya belum diputuskan.

“PAS juga amat yakin kerjasama dan sikap bertoleransi semua anggota PN kini akan menguatkan lagi kedudukan Kerajaan PN sama ada di peringkat Persekutuan mahupun Negeri-Negeri sehingga ke akhir penggal,” ujarnya dalam satu kenyataan media.

Takiyuddin juga berkata pihak pembangkang kini sengaja memainkan ‘spekulasi’ sebagai perang psikologi menguji kekuatan gabungan parti-parti di dalam kerajaan.

PN terdiri daripada gabungan Umno, Bersatu, PAS, MCA, MIC dan Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Bersatu Sabah.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini