Kerjasama Kerajaan Pusat Dan Negeri Berdasarkan Semangat Tatakelola Yang Betul

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan pusat tiada masalah untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri yanh ditadbir pembangkang.

Bagaimanapun ia bergantung dengan sikap pemimpin yang mentadbir negeri tersebut, selain tindakan yang akan diambil oleh pemimpin pembangkang.

Dalam masa yang sama Anwar berkata semua pihak mengikut tatakelola dan bertegas mengenai aspek kewangan.

“Terserah kepada sikap mereka, kalau mereka mahu kerjasama saya akan ikut kaedahnya, bukan sahaja dari segi kenyataan, juga tindakan. Saya mahu pastikan semangat tatakelola itu betul.

“Mahu wang untuk orang miskin, bagi orang miskin. Jangan untuk orang miskin jangan dialih ke lain. Saya akan tegas bab ini,” kata Anwar selepas merasmikan projek Residensi Wilayah, Residensi Prihatin Madani dan Pusat Penjaja Madani di Desa Tasik hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu ditanya mengenai kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan yang dikuasai semula oleh parti pembangkang.

Dalam PRN yang berlangsung Sabtu lalu kesemua DUN di Terengganu dikuasai oleh Perikatan Nasional, manakala di Kelantan hanya dua kerusi dikuasai Kerajaan Perpaduan selebihnya 43 kerusi dikuasai PN dan di Kedah 33 kerusi dikuasai oleh PN dan hanya 3 oleh Kerajaan Perpaduan.

BBerkaitan

Latest articles