#KerajaanPembunuh Sengaja Direka Untuk Burukkan PM Dengan Isu Banjir

KUALA LUMPUR: Isu banjir yang melanda beberapa negeri pada penghujung tahun lalu sengaja dipolitikkan demi memburukkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris meluahkan rasa kesalbya dengan sikap sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab, apatah lagi dengan membuat trending di Twitter #KerajaanPembunuh yang menghasut orang orang ramai menyalahkan pihak kerajaan dan Perdana Menteri, kononnya lambat bertindak dalam pengurusan bencana ini.

Begitu juga dengan kenyataan provokasi kepada Ismail Sabri, yang bertujuan mengundang kemarahan rakyat.

“YAB telah melawat hampir setiap PPS untuk memastikan segala kebajikan mangsa terjaga.

“Sejak hari Jumaat lepas lagi, YAB PM telah mengarah semua agensi kerajaan memindahkan serta menyelamatkan mangsa banjir.

“Perlu kita faham, bencana banjir ini berlaku secara serentak dan melibatkan kawasan yang luas serta jumlah mangsa yang amat ramai,” katanya di hantaran Facebook miliknya.

Najmil Faiz memberi contoh di kawasan Taman Sri Muda, penduduknya hampir 30,000 yang terkandas.

Kata beliau, itu belum lagi taman-taman lain di kawasan Shah Alam dan sekitarnya.

“Mana mungkin agensi kerajaan mampu menyelamatkan semua mangsa dalam tempoh yanh singkat. Fikirlah secara rasional.

“BOMBA, PDRM, APM, ATM dan sebagainya akan membantu golongan yang amat memerlukan dahulu seperti wanita, warga emas dan kanak-kanak.

“Begitu juga kawasan rumah teres satu tingkat yang akan menjadi tumpuan mereka dahulu kerana mangsa tidak mempunyai tempat berlindung.

“Tidak perlulah hendak memaki hamun “frontliners” kita ini hanya kerana lambat tiba ke kawasan anda. Mereka menggadai nyawa untuk anda. Mereka juga ada keluarga.

“Pemikiran seperti inilah yang merosakkan generasi anak muda di Malaysia.

“Semoga urusan semua mangsa banjir dipermudahkan dan terima kasih kepada pihak YAB PM kerana sentiasa prihatin terhadap isu ini,” tulisnya lagi.

BBerkaitan

Latest articles