Kerajaan Umum Peruntukan RM21 Juta Bangunkan Tanah Rancangan FELDA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peruntukan khas berjumlah RM21 juta atau RM66,000 untuk tujuan pembangunan bagi setiap satu daripada 317 rancangan FELDA sempena ulang tahun ke-66 agensi itu.

Perkara itu dimaklumkannya ketika berucap pada pelancaran sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan di Bera, Pahang hari ini .

Seterusnya Perdana Menteri berkata, selepas 66 tahun pelbagai kemajuan dicapai FELDA dalam bidang perladangan termasuk pemerkasaan mekanisasi dan teknologi dalam pengurusan ladang peneroka, sehingga produktivitinya dapat ditingkatkan kepada purata 20 tan sehektar setahun, pada tahun ini.

Pencapaian ini mewakili pertambahan sebanyak 2.71 tan sehektar berbanding hasil purata peneroka bagi tahun 2021.

“Saya berbesar hati ingin berkongsi bahawa peningkatan produktiviti ini telah membawa kepada penciptaan nilai atau ‘value creation’ buat warga peneroka dengan jumlah melebihi RM1 bilion setahun.

“Peneroka juga dapat menerima tambahan pendapatan hingga RM162 juta bagi setiap kenaikan 0.5 peratus kadar perahan minyak. FELDA juga berjaya mengurangkan kos operasi ladang dengan penjimatan RM200 juta kos pembelian baja apabila Smart Plantation Management Solution (SPMS) iaitu aplikasi pintar yang diguna pakai membolehkan pembelian baja dibuat berdasarkan dirian pokok berbanding keluasan kawasan,” katanya.

Ini juga disokong dengan sumber alternatif dan bahan buangan kilang seperti tandan buah kosong serta abu tandan.

BBerkaitan

Latest articles