Kerajaan Ulangi Jaminan Tiada Sekatan Perjalanan, Ekonomi

 

KUALA LUMPUR: Sebagaimana telah dinyatakan dua hari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini mengulangi pendirian kerajaan untuk tidak melaksanakan sekatan pergerakan rakyat dan sektor ekonomi, meskipun pandemik COVID-19 belum berakhir sepenuhnya.

Ismail Sabri berkata, kerajaan mengambil pendekatan lebih teratur dan tidak terlalu keras, selaras dengan panduan dan nasihat oleh Kementerian Kesihatan (KKM), terutama berkaitan prosedur operasi standard (SOP).

“Kerajaan kini memberi tumpu untuk terus mengurangkan kes pandemik dan pada masa sama, memulihkan ekonomi.

“Dua hari lalu, kerajaan sudah mengumumkan tidak lagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menyekat pergerakan rakyat. Tiada istilah menyekat pergerakan dari daerah ke daerah dan negeri ke negeri lain.

“Cuma, kita masih menutup sempadan negara. Ini kerana kes di negara luar masih tinggi. Justeru, kita berhati-hati walaupun sudah memulakan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) dengan Singapura.

“Kita juga sedang membincangkan VTL dengan Indonesia dan sepatutnya ke Thailand. Namun kes meningkat, maka kita menggantung pergerakan ke luar negara ini dulu,” katanya ketika menyampaikan amanat kepada warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, hari ini.

 

BBerkaitan

Latest articles