Kerajaan Tubuh MTKB Untuk Tentukan dasar Dan Strategi Perlaksanaan WKB

KERAJAAN telah menubuhkan Majlis Tindakan Kemakmuran Bersama (MTKB) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bermesyuarat buat pertama kali, semalam.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan berkata, MTKB dianggotai 21 menteri, empat ketua jabatan, dua ketua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), tiga wakil Dewan Perniagaan Melayu, Cina dan India.

Menurutnya, ia turut disertai tokoh-tokoh dalam pelbagai sektor ekonomi, pendidikan dan sosial.

“MTKB berperanan menentukan dasar dan strategi pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030.

“Ini termasuk menetapkan sasaran, indikator makro dan KPI (indeks prestasi utama) bagi sektor-sektor penting dalam pembangunan negara yang akan dirangka secara inklusif dan menyeluruh bagi mencapai objektif WKB 2030,” kata PMO hari ini.

Kata kenyataan itu lagi, antara tokoh-tokoh yang dilantik sebagai ahli MKTB ialah Tan Sri Sulaiman Mahboob, Tan Sri Azman Mokhtar, Datin Paduka Dr Aini Ideris, Datuk Dr Asma Ismail, Datuk Dr Madeline Berma dan Prof Datuk Dr Denison Jayasooria.

Ujarnya, MTKB turut mewujudkan Jawatankuasa Eksekutif Kemakmuran Bersama (JEKB) yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Kenyataan itu menambah, Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU), Jabatan Perdana Menteri akan bertindak sebagai sekretariat MTKB.

BBerkaitan

Latest articles