Kerajaan Tidak Arah AGC Mohon “Gag Order’ Ke Atas Adendum – Fahmi

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak mengeluarkan arahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk memohon perintah larangan bersuara (gag order) bagi menghalang mana-mana pihak membincangkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Razak.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil perkara itu tidak dibincangkan dalam mensyuarat kabinet hari ini.

“Tidak ada dibincangkan. Jemaah Menteri tidak mengarahkan Jabatan Peguam Negara,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, lapor FMT, pada Rabu.

Beliau mengulas sama ada Jemaah Menteri bersetuju dengann permohonan larangan bersuara dibuat AGC bagi menghalang orang ramai membincangkan titah adendum Najib yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di rumahnya.

Sebelum ini, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan dilaporkan berkata, pihak kerajaan akan memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi mengeluarkan perintah larangan bersuara berhubung Titah Adendum pada 20 Januari ini.

BBerkaitan

Latest articles