PUTRAJAYA — Kerajaan hari ini menerima sumbangan dari pelbagai agensi Swasta yang menghulurkan sumbangan bernilai 35.8 Juta bagi menbantu mangsa-mangsa banjir yang terkesan ketika ini,
Majlis penerimaan dana sumbangan yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya dan diterima sendiri oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Sejumlah 35 syarikat swasta dan individu telah memberikan sumbangan terkumpul bernilai sejumlah RM35.8 juta.
Menurut Perdana Menteri, Dana Ihsan Madani yang dikumpulkan ini akan diselaraskan oleh pihak ICU, Jabatan Perdana Menteri bagi tujuan membantu mangsa-mangsa banjir, membaiki infrastruktur yang rosak dan terjejas ketika banjir seperti sekolah dan hospital.
Antara penyumbang-penyumbang dana ini ialah YTL Corporation Berhad,Yayasan Al-Bukhari yang menyumbang RM5 juta, Secure Technologies dan UMobile Sdn Bhd menyumbang sejumlah RM3 juta.
Manakala Sejumlah RM2 juta disumbangkan oleh Mah Sing, WCT Berhad, IJM Corporation Berhad, KLK, Berjaya Corporation Berhad dan Press Metal. Syarikat seperti Westport, Road Care, Sunway, MRCB dan Weststar menyumbang sejumlah RM1 juta.
YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia menzahirkan rasa terharu dan bangga dengan penglibatan sektor swasta yang membantu memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.
“Saya terharulah dalam masa singkat, ramai yang telah hubungi pejabat saya. Biar saya hadir sendiri, saya nak sampaikan mesej pada rakyat, komitmen ini menyeluruh tanpa mengira kaum dan agama” ujar Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Perdana Menteri turut umumkan penubuhan Skuad Ihsan Madani yang diterajui oleh Ketua Setiausaha Negara dan sukarelawan di kalangan penjawat awam yang akan membantu mangsa-mangsa banjir apabila air sudah surut bagi membersihkan infrastruktur dan rumah mangsa-mangsa banjir.
Perdana Menteri berbangga dengan dedikasi dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh penjawat awam dalam membantu mangsa-mangsa banjir. “Dedikasi penjawat awam ini sangat baik dan membanggakan” ujar Perdana Menteri.
Sebelum menerima bantuan sumbangan Perdana Menteri sempat bercerita tentang ada seorang lelaki Cina di Bukit Mertajam, dia bukan sesiapa pun tapi dia beri bantuan makanan 10 lori untuk bantu mangsa-mangsa banjir. Ini berita yang sangat positif ujar Perdana Menteri dan ianya harus disebarkan kepada rakyat.
Hadir bagi pihak YTL Corporation Berhad menyampaikan sumbang tadi adalah Yeoh Keong Hann, Executive Director, YTL Power International Berhad.