Kerajaan Tak Salah Guna Aset, Tegas PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan sesekali menyalahgunakan aset Kerajaan Persekutuan, terutama dalam melalui kempen di enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15).

Anwar turut memberi jaminan bahawa beliau sendiri tidak akan sesekali menyalahgunakan hasil dana awam untuk memenangkan calon Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN).

“Kamu boleh maki aku (saya) berbakul-bakul tetapi saya tidak ambil duit kerajaan.

“Kemudian mereka kata tak ambil tetapi guna kereta. Itu kereta kerajaan.

“Saya pakai kereta kerajaan..bukan sahaja kereta tetapi kapal terbang pun kerajaan punya. Lepas itu nak suruh Perdana Menteri naik kapal terbang orang..nanti marah pula. Apa ini?,” katanya berucap pada ceramah Grand Finale Kuala Selangor di Bestari Jaya, Ijok, malam tadi.

Begitu juga dengan tindakan pemimpin pembangkang khususnya Perikatan Nasional (PN) yang tidak habis-habis mempersoalkan tugas anggota polis yang menjaga keselamatannya.

“Itu tanggungjawab dia. Urusan rasmi dia jaga, urusan tak rasmi pun dia jaga. Malah tidur di rumah pun dia jaga demi keselamatan Perdana Menteri.

“Dah kamu terlepas, sudahlah. Duduk diam-diam,” katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles