Kerajaan Sumbang RM10,000 Kepada Waris Korban Banjir

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan akan menyalurkan sumbangan RM10,000 bagi setiap mangsa yang terkorban akibat banjir di beberapa negeri sejak minggu lalu.

Pemberian itu, menurut beliau, yang tidak merangkumi sumbangan kerajaan negeri, akan disalurkan kepada waris mangsa yang terkorban akibat banjir besar yang berlaku di beberapa negeri di Semenanjung ketika ini.

“Kepada mangsa yang terkorban, kita amat bersimpati dan sedih dengan kejadian yang berlaku. Untuk itu, kerajaan persekutuan akan memberikan bantuan kepada waris bagi setiap mangsa banjir yang terkorban.

“Kerajaan persekutuan memutuskan akan memberi sumbangan sebanyak RM10,000 untuk setiap individu yang terkorban.

“Saya difahamkan kerajaan negeri akan turut memberi sumbangan. Antaranya kerajaan Pahang yang akan menyumbang RM5,000 kepada waris mangsa,” katanya pada sidang media di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu di Bentong, hari ini.

BBerkaitan

Latest articles