IPOH: Hanya sebuah kerajaan yang stabil sahaja boleh menjamin kesejahteraan rakyat selain telah terbukti dengan rekod mentadbir negara dan negeri dengan cemerlang.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Dato’ Seri Saraani Mohamad berkata, kesejahteraan yang dimaksudkan termasuk memenuhi kehendak asas rakyat.
Menurut Menteri Besar Perak ini lagi, ini termasuk memastikan adanya bekalan makanan, tempat tinggal, pendidikan, pekerjaan serta jaminan perkhidmatan kesihatan.
“Dalam ikrar BN Perak, kami tidak menjanjikan bulan dan bintang. Kami mengambil serius ikrar kami.
“Ikrar ini bukan dipetik mengikut kehendak kami. Ia dibuat berdasarkan kajian keperluan rakyat.
Manifesto ini adalah ikrar kami,” ujarnya.
Tegas Saarani, terbukti hanya BN mampu menunaikan janji manakala pihak lain hanya mampu berjanji tetapi gagal melaksanakannya.
“Bagi mereka manifesto hanya umpan untuk mendapatkan undi. Ikrar kami adalah komitmen kami kepada rakyat,” ujar beliau.