Kerajaan Setuju Pinda Akta Perhimpunan Aman 2012 – PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) bagi memudahkan rakyat melaksanakan mengadakan perhimpunan aman.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menerusi pindaan itu antara lain akan mengeluarkan Seksyen 11 akta berkenaan iaitu mendapatkan persetujuan penghuni bagi penganjuran perhimpunan.

Katanya, penganjur hanya perlu memaklumkan polis lima hari sebelum perhimpunan diadakan bagi tujuan pengawalan.

“Beberapa tindakan sebelum ini termasuk siasatan terhadap perhimpunan anti-rasuah yang melibatkan mahasiswa akan dihentikan dan tiada tindakan diambil.

“Begitu juga mogok tunjuk perasaan (membantah Sosma) beberapa hari lalu juga tidak akan diambil apa-apa tindakan,” katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Beliau berkata mulai sekarang tiada keperluan untuk sebarang kelulusan bagi penganjuran himpunan dan beliau percaya penganjur boleh memberikan kerjasama kepada polis.

Anwar menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai kesediaan kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman bagi memudahkan rakyat berhimpun secara aman tanpa perlu memohon kebenaran daripada pihak berkaitan sebelum berhimpun.

 

BBerkaitan

Latest articles