Kerajaan PN Masih Sah, Kata PAS

KUALA LUMPUR: Kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin masih sah dan tidak terjejas meskipun seorang Ahli Parlimen UMNO mengumumkan tidak menyokong gabungan itu lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan bahawa bilangan ahli parlimen yang bersama kerajaan masih mencukupi.

“Saya dapat maklumat penarikan sokongan itu menerusi media semalam. Saya juga tidak faham matlamat atau niat dia itu macam mana… apapun kerajaan yang ada sekarang ini sah dan mempunyai bilangan (Ahli Parlimen) yang cukup.

“Yang penting ialah kerajaan ini berfungsi dengan baik sejak bermula pada Mac hingga sekarang. Rakyat juga boleh melihat bagaimana kerajaan sedia ada ini berfungsi dengan baik. Jadi kami (kerajaan) akan terus berkhidmat melalui organisasi kerajaan di semua peringkat,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan di Mahkamah Sesyen dan Majistret Setiu, di Permaisuri, Terengganu, hari ini.

Reaksi Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS menyusul selepas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub pada semalam mengumumkan keputusan menarik diri daripada menyokong kerajaan PN, selepas meletak jawatan sebagai pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) awal bulan ini.

Pada masa ini Dewan Rakyat mempunyai 220 Ahli Parlimen berikutan kematian dua ahli Parlimen iaitu Hasbullah Osman (BN-Gerik) dan Liew Vui Keong (Warisan-Batu Sapi).

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

CUEPACS Gesa Tindakan Tegas Pesakit COVID-19 Minum Bir Di PKRC

Susulan tular gambar membabitkan beberapa individu meminum bir di sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Kota Kinabalu sejak semalam, Kongres...

Terjun Bangunan Bersama Bayi 5 Bulan

Berang kerana kekasih enggan mengahwininya, seorang wanita kaya kacukan China-Amerika ditemukan maut dalam keadaan berbogel selepas terjun dari pangsapuri sambil memeluk bayinya berusia lima...

Polis Siasat Dakwaan Remaja Perempuan Dirogol Dalam Tahanan

Dua anggota polis digantung tugas serta-merta setelah wujud dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dirogol oleh tahanan lain ketika berada di dalam lokap...

KPM: Pelajar Yang Mengambil Peperiksaan Utama Sahaja Masuk Sekolah 20 Jan Ini

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari 2021 bagi seluruh negara hanya melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan...

Hospital Bersepadu MAEPS mula beroperasi 24 Jan depan – Dr Adham

Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, dekat sini akan mula beroperasi pada 24 Jan ini bagi merawat pesakit COVID-19 kategori tiga,...