Kerajaan Pertimbang Pemberian Insentif Khas Sukarelawan Barisan Hadapan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof memaklumkan kerajaan kini sedang mempertimbangkan pemberian insentif khas kepada anggota sukarelawan barisan hadapan yang turut memberikan khidmatnya sepanjang menangani wabak Covid-19.

Ia membabitkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan beberapa lagi.

“Mereka ini adalah wira yang tak didendang yang turut bekerja keras tetapi tidak nampak pada mata kasar. (Misalnya) APM berfungsi ketika kecemasan, kemalangan dan bencana.

“Ketika ini, keanggotaan APM ialah 6,500 dan jumlah sukarelawan lain yang aktif sebanyak 100,000 anggota.

“Kerajaan gerakkan mereka untuk membantu orang awam dari pelbagai aspek termasuk menasihatkan serta menerangkan mengenai normal baharu.

“Kerajaan amat hargai jasa mereka, insya Allah kerajaan sedang berbincang untuk memberi insentif kepada mereka (APM dan sukarelawan lain) dan menunjukkan kita memandang tinggi atas khidmat mereka kepada masyarakat. Keputusan akan diumumkan dalam masa terdekat sebelum raya,” kata Redzuan ketika menjadi tetami program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam tadi.

BBerkaitan

Latest articles