Kerajaan Pertimbang Cadangan Diskaun Saman Jalan Raya

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata pihaknya sedang berbincang untuk memberikan diskaun untuk saman tertunggak yang akan dilaksanakan pada Ogos depan.

Perbincangan diadakan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai kaedah untuk membantu rakyat yang mempunyai saman tertunggak dan disenaraihitamkan, sehingga menyukarkan mereka untuk berdaftar dengan perkhidmatan e-hailing dan perkhidmatan menghantar makanan, terutama ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) yang menyebabkan ramai individu terkesan dengan soal pekerjaan.

“Kita tahu tahun ini orang susah.. kita berbincang.. bulan kemerdekaan ini kita bagi diskaun yang akan diumumkan nanti. Kita bagi tawaran supaya mereka dapat selesaikan (tunggakan saman) dan keluar daripada senarai hitam yang menyebabkan lesen tidak boleh diperbaharui,” katanya menerusi satu sesi temu bual bersama media bersempena 100 hari beliau sebagai Menteri Pengangkutan, baru-baru ini.

BBerkaitan

Latest articles