PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan Perpaduan yang dipimpin beliau kini memiliki majoriti dua per tiga.
Menurut Anwar, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjadi pakatan politik terbaru yang menyertai kerajaan perpaduan.
Anwar memberitahu penyertaan secara rasmi GRS itu dimaklumkan sendiri oleh Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor kepadanya.
“Ini bermakna kekuatan induk kita (kerajaan) seperti yang diumumkan semalam termasuklah GPS (Gabungan Parti Sarawak), sekarang GRS… yang menunjukkan bahawa kita sudah mencecah kekuatan dua per tiga ahli parlimen yang akan memperkukuih kestabilan politik negara,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Ahli parlimen Tambun itu juga menjelaskan dengan keadaan sebegitu kerajaan perpaduan boleh menumpukan usaha mereka untuk mengangkat martabat dan mengukuhkan ekonomi negara.