Kerajaan Perhalusi Isu Bil Elektrik Yang Melambung

Menteri Tenaga Nasional Berhad dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kerajaan akan mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung rungutan pengguna terhadap kenaikan bil elektrik sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengemukakan cadangan berkenaan isu bil elektrik dalam mesyuarat yang diadakan semalam dan penilaian akan dilakukan kementerian dan Suruhanjaya Tenaga.

“Mesyuarat membuat keputusan meminta TNB mengemukakan semula cadangan termasuk pandangan mengenai isu ini dengan mengambil kira semua aspek dalam mesyuarat sekali lagi esok.

“Ketika ini saya difahamkan TNB sedang perhalusi hasil perbincangan dan mesyuarat bersama pada pagi tadi,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Shamsul berkata, kementerian amat memandang berat kritikan dan pandangan daripada pelbagai pihak berkenaan isu ini.

BBerkaitan

Latest articles