Kerajaan Negeri Perlu Bantu Segerakan Pengambilan Tanah Projek Persekutuan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menggesa kerajaan negeri untuk memberikan keutamaan dan menyegerakan kelulusan permohonan pengambilan tanah untuk projek kerajaan Persekutuan.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) Ke-138 yang dipengerusikannya di Putrajaya secara bersemuka, hari ini.

Ismail Sabri berkata tanah projek yang melibatkan jajaran diluluskan secara perizaban manakala tapak pusat operasi, pejabat atau stesen diluluskan secara pemberimilikan.

“Mesyuarat membuat keputusan agar kerajaan negeri membantu menyelesaikan isu halangan di atas tanah kerajaan negeri yang terlibat dengan projek-projek kerajaan berkepentingan awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut perdana menteri, perbincangan lanjut akan diadakan berhubung kadar premium yang dikenakan untuk pemberimilikan dan cukai tanah oleh kerajaan negeri selaras dengan ketetapan yang telah dibuat oleh Majlis Tanah Negara.

BBerkaitan

Latest articles