Kerajaan Minta Tempoh Setahun Selesaikan Masalah Kemiskinan Kaum India

KUALA LUMPUR: Isu kemiskinan yang membelenggu sebahagian besar kaum India di negara ini akan diselesaikan dalam tempoh setahun.

Demikian janji Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada MIC dengan menambah, isu itu akan menjadi tumpuan beliau sebelum beralih kepada masalah lain seperti soal pemberian jawatan.

“Anda (MIC) telah menunjukkan rasa hormat dan sokongan kepada saya, saya amat hargainya. Tetapi saya minta anda sekelian untuk percayakan saya sama seperti mempercayai Presiden kamu, Tan Sri Vicky.

“Sudah menjadi tanggungjawab untuk membalas dan menghormati komuniti India di negara ini, ini termasuk parti MIC yang telah tunjukkan komitmen dan sokongan,” katanya ketika bercakap di Ibu Pejabat MIC, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berharap sokongan tidak berbelah akan diberikan MIC bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini

“Saya terkejut melihat sokongan rata-rata masyarakat India termasuklah ahli-ahli MIC di Jeram Padang baru-baru ini. Penyandang kerusi itu sendiri, ahli MIC datang jumpa saya menyatakan sokongan. Saya terharu,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles