Kerajaan Malaysia Berada Di Landasan Betul Perangi Covid-19

Masuk hari ke-31 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara, langkah yang diambil oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menguruskan keperluan rakyat serta operasi sepanjang PKP ekoran penularan wabak Covid-19 di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin seharusnya dipuji.

Gaya beliau ketika berucap memberikan perutusan khas dengan penggunaan bahasa yang dekat dengan rakyat serta cara pendekatan bercakap yang sederhana memperlihatkan gaya kepimpinan baru yang menghayati keperluan rakyat serta kesusahan yang dialami mereka.

Keprihatinan kerajaan PN ke atas keperluan rakyat terserlah dengan pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang diumumkan Muhyiddin pada 16 April lalu dengan jumlah RM250 bilion dengan matlamat melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi untuk negara menghadapi kesan wabak pandemik Covid-19.

Tindakan kerajaan sentiasa mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum membuat keputusan berkaitan PKP juga tepat dengan tidak mendengar kata-kata hasutan yang dikeluarkan pihak tertentu mengkritik kerajaan PN serta memperlekehkan usaha PKP untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak berkenaan.

Kegigihan dan keberkesanan tugas KKM juga terbukti apabila sudah lebih dari tiga kali jumlah orang yang sembuh dari Covid-19 dan dibenarkan discaj dan hari ini kes pulih ialah 119 kes manakala kes jangkitan baru hanya 110 kes sahaja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes sembuh dan discaj kini ialah 2,766 kes atau 52.2 peratus daripada keseluruhan kes Covid-19 di negara ini.

Sementara itu, langkah pentadbiran Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam menguruskan perjalanan negara ketika tempoh PKP didapati mengikut SOP yang ada serta disenangi rakyat.

Ketegasan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam berdepan dengan orang ramai yang ingkar PKP untuk terus mengambil tindakan tanpa berkompromi dapat memastikan langkah kawalan pergerakan berjaya serta pengorbanan petugas barisan hadapan bermakna dan penularan wabak berbahaya ini dapat diatasi.

Sepanjang tempoh PKP, pentadbiran negara dan semua operasi berada di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Langkah kerajaan mewartakan 13 buah akademi penjara untuk dijadikan pusat tahanan baru kepada pesalah PKP juga menunjukkan ketegasan kerajaan pada masa sama masih menjaga keselamatan mereka yang ditahan ekoran keadaan penjara yang sudah agak sesak.

Pelaksanaan PKP sudah memasuki peringkat ketiga bermula semalam sehingga 28 April ini selepas dilanjutkan selama 14 hari sebanyak tiga kali sejak 18 Mac lepas yang diumumkan oleh Muhyiddin- TRI

BBerkaitan

Latest articles