Kerajaan kenalpasti 10 lokaliti Di Sabah bagi program basmi kemiskinan di bawah RMK-12

Kota Kinabalu — Kerajaan telah mengenalpasti 10 lokaliti di Sabah bagi program membasmi kemiskinan di bawah rancangan Malaysia ke-12 ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri

Menurutnya di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), Kerajaan menetapkan sasaran sifar miskin tegar pada akhir tahun 2025.

“ Kerajaan sedang mengadakan sesi libat urus yang menyeluruh dengan kerjasama kerajaan negeri dan pejabat daerah bagi mendapatkan input semua pihak, termasuk peringkat akar umbi bagi memastikan sasaran ini dapat dicapai.

“ Di bawah fasa pertama BMTKM, sebanyak 10 lokaliti di Sabah telah dikenal pasti iaitu di Tongod, Pitas, Kota Belud, Kota Marudu, Beluran, Nabawan, Tuaran, Sipitang, Beaufort dan Ranau

Tambahnya lagi, jika sebelum ini , program membasmi kemiskinan dilaksanakan secara ‘silo’ di hampir semua agensi yang terbabit.

“ di bawah program BMTKM, EPU dan ICU akan menjadi penyelaras menggabungkan semua pihak yang terlibat seperti Kementerian, Kerajaan Negeri, ahli akademik, pihak swasta dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) untuk mencari kaedah terbaik bagi menghapuskan miskin tegar secara holistik berasaskan lokaliti katanya ketika merasmikan jelajah Keluarga Malaysia peringkat negeri Sabah di dewan SICC di sini pagi ini.

Jelajah Keluarga Malaysia peringkat negeri Sabah yang merupakan program jelajah pertama anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) di Sabah tahun ini yang akan turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Sabah merupakan destinasi ketiga siri jelajah AKM yang diilhamkan Perdana Menteri selepas siri pertama diadakan di Johor dan diikuti Perlis, sebagai destinasi kedua.

Dalam pada itu, Menurut Perdana Menteri lagi, beliau sangat dekat dengan penduduk di Negeri ini  dan sejak dilantik menjadi Perdana Menteri pada bulan Ogos lalu, beliau telah melawat Sabah sebanyak empat kali ke negeri ni.

Menurutnya lagi, beliau bangga melihat kepelbagaian etnik di Sabah yang boleh duduk semeja tanpa mengira sentimen agama dan bangsa. Inilah semangat sebenar Keluarga Malaysia yang mahu ditekankan.

Katanya sifat keterbukaan rakyat Sabah yang diwarisi sejak zaman berzaman terbukti dipegang teguh dalam memupuk keharmonian hidup masyarakat Negeri Di Bawah Bayu ini

Bak kata pepatah orang Kadazan, “Osusa Toi Asanang Tomoi-mo Mi-i-so” yang bermaksud susah atau senang, suka dan duka kita tetap bersama dan bersatu dalam satu Keluarga Malaysia. Inilah harapan besar saya katanya.

Menyentuh mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pula katanya Kerajaan Persekutuan sentiasa berperanan sebagai anggota keluarga amat positif dalam memenuhi segala perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), terutama apa yang sepatutnya diperoleh oleh Keluarga Malaysia Sabah.

“ Sehubungan itu, sebuah Jawatankuasa Peringkat Persekutuan telah dibentuk dan dipengerusikan sendiri oleh saya selaku Perdana Menteri dan turut disertai oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor, bagi membincangkan pelbagai perkara antaranya tuntutan Sabah menerusi MA63” katanya.

Sementara itu , Perdana Menteri turut mengumumkan pas lintas sempadan yang kini boleh didapati di Pos Kawalan Imigresen Pagalungan, Nabawan.

“  kesukaran penduduk di Sekitar Pangalungan, Nabawan yang memerlukan pas untuk menyeberangi sempadan atau pas Lintas Batas di mana penduduk di situ kini tidak lagi pergi sejauh lebih 100 kilometer ke Keningau untuk mendapatkan pas berkenaan yang kini didapati di Pos Kawalan Imigresen Pagalungan, Nabawan.

“ . Bagi memastikan “no wrong door policy”, urusan pembaharuan Pas Lawatan Jangka Panjang dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), kini boleh dilakukan di semua pejabat Imigresen di negeri ini katanya.

BBerkaitan

Latest articles