Kerajaan Hari Ini Tidak Bersikap Kuku Besi Terhadap Pengamal Media

KUALA LUMPUR: Tidak seperti kerajaan terdahulu, Kerajaan Perpaduan hari ini memberi jaminan tidak akan bersikap kuku besi terhadap organisasi media seperti yang pernah diamalkan sebelum ini.

Demikian jaminan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil sambal menambah, kebebasan media akan terus dipertahankan dan pendirian itu kekal seperti mana yang dilaungkan oleh Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

“Jaminan saya adalah kita tidak akan bersikap kuku besi seperti yang berlaku dalam pentadbiran-pentadbiran sebelum ini. Itu jaminan saya berikan kepada rakan-rakan media.

“Sepanjang saya berkhidmat sebagai Menteri KKD, tiada seorang pun wartawan ditahan pihak polis. Tidak ada satu akhbar pun yang telah ditutup seperti pernah berlaku sebelum ini. Sudah pasti ini adalah satu perkara yang kita akan pertahankan,” katanya selepas menghadiri Program Kita Madani Aspirasi Malaysia 2023 Peringkat Wilayah Persekutuan, hari ini.

Fahmi turut menjelaskan, beliau bersedia bertemu dengan semua pihak untuk meneliti setiap perkara yang dibangkitkan supaya mereka faham mengapa tindakan berlandaskan undang-undang itu dilakukan.

Menurutnya, beliau malah percaya MCMC secara proaktif menghubungi pihak-pihak yang berkenaan untuk menyampaikan penjelasan tentang kenapa tindakan tersebut dilakukan.

“Sudah pasti tindakan ini jauh lebih baik daripada apa yang pernah dilalui oleh rakan-rakan media sebelum ini,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles