Kerajaan Alternatif: “Muhyiddin Ada Masalah ‘Short Memory?”

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi menempelak kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa gabungan itu bersedia menjadi kerajaan alternatif atau menunggu pada pilihan raya umum akan datang

Pemimpin UMNO itu kemudiannya mengingatkan Muhyiddin untuk mencari jalan menyelesaikan kes-kes mahkamah yang dihadapinya terlebih dahulu sebelum bercita-cita mahu kembali sebagai Perdana Menteri.

“Muhyiddin mendakwa dia ada solusi untuk menyelesaikan isu rakyat. Dia mendabik dada kononnya kerajaan 17 bulannya dulu Berjaya termasuk mengharungi pandemik Covid-19.

“Hakikatnya dia (Muhyiddin) Perdana Menteri ke 8 yang gagal. PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) separa masak telah menggandakan jumlah kematian dari 2,800 kepada 5,768 dalam tempoh 38 hari total lockdown diumumkan.

“Indeks Pengendalian Covid-19 yang dikeluarkan Bloomberg meletakkan negara di tempat ketiga paling corot antara 53 negara ekonomi utama.

“Muhyiddin bangga pada moratorium pinjaman dan pengeluaran khas KWSP. Sedangkan itu idea Najib dan jadi syarat sokongan BN kepadanya. Pas menyindir syarat itu umpama syarat Puteri Gunung Ledang. Tetapi skim i-Citra yang dilaksanakan jadi i-Marah di kalangan rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial miliknya.

Muhyiddin pada semalam memberitahu bahawa PN kini sudah bersedia untuk kembali sebagai kerajaan selepas mendakwa kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini meninggalkan beban kepada rakyat, termasuk kos sara hidup yang semakin meningkat.

BBerkaitan

Latest articles