Kerajaan Akan Bincang Isu Tiket Mahal Dengan Syarikat Penerbangan

Rentetan rungutan pengguna berkenaan harga tiket kapal terbang domestik terutama ke Sabah dan Sarawak yang mahal, kerajaan akan mengadakan perbincangan bersama syarikat penerbangan untuk mencari penyelesaian.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hasil perbincangan akan dimaklumkan dalam waktu terdekat.

“Kita faham harga tambang mahal kerana pelaksanaan penjarakan sosial jadi tidak boleh berkapasiti penuh. Dengan pematuhan penjarakan sosial, hanya 66 peratus sahaja ruang yang dipenuhi di dalam kapal terbang itu.

K”ita tahu harga tiket mencecah hampir RM2,000 bagi sehala penerbangan contohnya dari Miri ke Kuala Lumpur, justeru kita akan berbincang… semoga tidak ada isu lagi untuk mereka menaikkan harga tambang dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, semalam.

Meskipun ada permintaan daripada syarikat penerbangan untuk memenuhi ruangan di dalam kapal terbang dengan alasan butiran penumpang boleh diperolehi, tegas Ismail, semua pihak perlu patuh dengan prosedur operasi standard (SOP).

Isu harga tiket penerbangan yang mahal menjadi isu sejak kebelakang ini memandnagkan kerajaan telah mengumumkan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) bermula esok hingga 31 Ogos depan.

Sehubungan itu ramai ingin mengambil kesempatan pergerakan rentas negeri untuk pulang ke kampung halaman dan kembali bertugas.

BBerkaitan

Latest articles