Keputusan Tamat Tol Percuma Boleh Berubah – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: “Adakah keputusan Kabinet itu boleh berubah? Boleh.

Demikian kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan mengenai keputusan Kabinet untuk menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan.

Beliau berkata, perkara itu masih boleh berubah bergantung kepada keputusan Kabinet esok.

“Pada mesyuarat Kabinet esok yang mana ia merupakan mesyurarat terakhir sebelum perayaan Tahun Baharu Cina, perkara ini boleh dibincang dan disemak semula.

“Kita tunggu apa keputusan (mesyuarat Jemaah Menteri), jika ada perubahan, ia akan diumumkan Menteri Kerja Raya, esok,” katanya.

Jelas beliau, pengumuman yang dibuat Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi semalam adalah berdasarkan keputusan Kabinet tahun lepas.

“Apa yang diumumkan oleh menteri (Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi) ialah keputusan Kabinet tahun lepas,

Ahmad berkata demikian ketika sidang media selepas mengadakan lawatan kerja rasmi di Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor hari ini.

Menurut beliau, kerajaan perlu membayar pampasan kepada syarikat konsesi tol sebanyak RM19 juta hingga RM20 juta sehari, setiap kali tol percuma diberikan sempena musim perayaan.

Setiap tahun, terdapat lapan hari tol percuma diberikan yang meliputi empat sambutan perayaan.

Kelmarin, Alexander mengumukan, Kementerian Kerja Raya (KKR) tidak bercadang untuk memberikan tol secara percuma menjelang musim perayaan termasuk Tahun Baharu Cina, bermula tahun ini.

Langkah itu dibuat berpandukan kepada keputusan yang dibuat Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet, tahun lalu.

BBerkaitan

Latest articles