Keputusan PRN Jadi Asas Kebersamaan Rakan Gabungan Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kemenangan bersama calon-calon Kerajaan Perpaduan di tiga negeri semalam, akan menjadi asas kepada kerjasama gabungan itu bagi tempoh lima tahu mendatang.

Dalam masa yang sama, BN dan Pakatan Harapan (PH) menerima pilihan rakyat seperti yang dinyatakan dalam keputusan semalam, lebih-lebih lagi di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Gabungan BN-PH berjaya mengekalkan penguasaan di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

“Barisan Nasional mengucapkan tahniah buat calon-calon yang telah berjaya.

“Terimalah amanah ini untuk terus berkhidmat dan berbakti kepada rakyat.

“Buat yang tidak berjaya, teruslah beristiqomah dan jangan pernah berhenti untuk terus memperjuangkan aspirasi rakyat di saat kita berhadapan dengan pelbagai cabaran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Memetik kenyataan itu, Presiden UMNO itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua ahli dan jentera parti serta sukarelawan yang telah bekerja keras menjayakan kempen dan bertungkus lumus membantu BN.

Ahmad Zahid juga menyatakan penghargaannya buat semua pengundi yang telah menunaikan amanah masing-masing dalam menyuburkan demokrasi dalam negara.

BBerkaitan

Latest articles