Keputusan Kes Najib-SRC Ditentukan 28 Julai Depan

Keputusan kes pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak akan ditetapkan pada 28 Julai ini.
Tarikh tersebut ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas kedua-dua pihak menutup hujahan masing-masing di akhir kes pembelaan.
Najib, bekas perdana menteri diperintahkan untuk membela diri pada 11 November lalu atas tiga dakwaan pecah amanah jenayah (CBT), tiga tuduhan pengubahan wang haram dan satu tuduhan salah guna kuasa.

BBerkaitan

Latest articles