More

    Kenyataan Disalah Tafsir, Saya Khilaf, Saya Mohon Maaf-Abd Latiff Ahmad

    Ahli Parlimen Mersing Datuk Dr Abd Latiff Ahmad memohon maaf atas kekhilafan beliau berhubung keratan kenyataan video yang tular di media sosial, semalam.

    Memetik laporan portal PNBBC, Abdul Latif yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, kenyataannya telah disalah tafsir dan mungkin mengecilkan hati sesetengah pihak.

    “Kenyataan itu adalah kenyataan peribadi bukan mewakili parti. Saya dengan rendah diri Ingin memohon maaf sekiranya kenyataan Saya itu menyinggung perasaan sesetengah pihak,” katanya.

    Menurut Abd Latiff, selaku ahli parti Bersatu beliau mendukung penuh hasrat Perikatan Nasional.

    “Musuh sebenar adalah pihak lawan, Jangan biarkan kita bercakaran. Saya sekali lagi memohon maaf atas kekhilafan Saya” katanya.

    Keratan rakaman video program beliau di Mara yang tular itu menyentuh mengenai mengenai ahli politik yang berhijrah daripada parti asal serta kedudukan UMNO di Sabah.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini