Kenapa Kos pelekat RFID bawah RM1, tapi jual RM35 soal Najib

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan kewajaran pelekat Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang dijual terlalu mahal sehingga mencecah RM35 sedangkan kos pelekat itu di bawah RM1 sekeping.

Najib turut mempersoalkan sama ada syarikat Touch N Go atau PLUS akan memberi rebat bagi pemilik Smartag yang tidak lagi berfungsi sekiranya plaza tol beralih sepenuhnya kepada sistem RFID atau sebaliknya

“Kos sticker (pelekat) RFID pasif biasanya bawah RM1 sekeping. Jadi, kenapa pula dijual pada harga RM35?

“Dan adakah syarikat Touch N Go atau PLUS akan memberi rebat bagi pemilik Smartag yang tidak berfungsi lagi sekiranya plaza tol beralih sepenuhnya kepada sistem RFID?

“Syarikat Touch ‘n Go dimiliki bank CIMB, Ant Group dari China, syarikat insurans AIA Group dari Amerik Syarikat dan firma pelaburan Bow Wave Capital dari New York,” kata Najib dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam tular di media sosial mengenai keluhan pengguna lebuhraya di Sekitar Lembah Klang yang terpaksa menempuh kesesakan ekoran pintu tol yang sebelum ini menempatkan laluan smart tag kini dikurangkan dan diganti dengan laluan RFID

Sehingga banyak satira yang memperli aplikasi berkenaan ekoran pengguna masih tidak biasa menggunakan aplikasi berkenaan disamping kesulitan yang dialami sewaktu menggunakan laluan berkenaan.

 

 

BBerkaitan

Latest articles