Kenaikan Gaji Minimum Tiada Kaitan Dengan Politik

KUALA LUMPUR: Kerajaan menegaskan kenaikan gaji minimum kepada RM1,500 sememangnya menjadi keperluan pada hari ini dan akan dilakukan tanpa desakan pembangkang.

Perkara itu ditegaskan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan sebagai menjawab dakwaan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran kononnya kenaikan itu ada kaitan dengan politik dan musim pilihan raya.

“Pilihan Raya Negeri dah tamat, keputusan pun dah tahu. Tak payahlah ceramah politik. Nak minta saya jawab secara rasional, saya boleh jawab.

“Kerajaan dari segi dasar telah bersetuju untuk menaikkan gaji minimum RM1,500, tiada masalah, tetapi sebagai kerajaan yang rasional, kita perlu mengkaji pelbagai aspek.

“Yang pokoknya ialah sama ada kerajaan bersetuju untuk menaikkan gaji RM1,500 ini atau pun tidak, ‘yes’ dah setuju.

“Tetapi, kita masih ada tanggungjawab, kita perlu mengkaji secara mendalam,” katanya dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan di Parlimen, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan M. Kuasegaran yang menjelaskan, ketika memerintah selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah membuat akujanji untuk menaikkan gaji RM100 setiap tahun.

Mengulas lanjut, M. Saravanan berkata, mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam tiga minggu berturut-turut membincangkan tentang gaji minimum dan mengambil kira pelbagai aspek.

“Kita kena tengok keadaan, ini bukan seperti mana disebut oleh Ipoh Barat, saya pun sedar setiap dua tahun kita kena naikkan gaji dalam keadaan biasa.

“Namun, ini dalam keadaan luar biasa, kita lihat dalam usaha kita menurunkan pengangguran walaupun dari 5.3 peratus kepada 4.2 peratus hari ini, tetapi suasana berbeza,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles