Kena Penjara, Denda Selepas Bersalah Rakam, Simpan Video Lucah Nenek, Ibu Saudara, Sepupu

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kebun kelapa sawit dijatuhi hukuman penjara selama empat hari dan denda berjumlah RM4,000 selepas Mahkamah Majistret Batu Pahat mendapati lelaki itu bersalah merakam dan menyimpan video lucah ahli keluarganya, termasuk nenek.

Terdahulu lelaki berusia 23 tahun itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dikemukakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyimpan video dan gambar lucah dalam telefon miliknya di sebuah rumah pukul 11.15 malam pada 23 Disember lalu.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta dan laporan, polis menerima maklumat daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubungan pautan digunakan tertuduh yang mana ada kaitan dengan video dan lucah dirakamnya.

Selepas menerima maklumat berkenaan, polis menyerbu rumah didiami tertuduh bersama-sama ahli keluarga lain dan merampas telefon bimbit miliknya.

Pemeriksaan menemukan beberapa gambar dan video yang dirakam tertuduh.

Semua video dan gambar itu dirakam ketika mereka sedang mandi dan juga menyalin pakaian dalam bilik.

Hasil soal siasat, tertuduh mengaku bahan lucah itu mempunyai rakaman video dan gambar nenek, ibu saudara dan sepupuya.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh diwakili Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

BBerkaitan

Latest articles