More

    Kementerian Kewangan Dedah Senarai 101 Projek Rundingan Terus PH

    Kementerian Kewangan telah mengeluarkan senarai semua 101 projek kerajaan bernilai RM6.61 bilion yang diberikan melalui rundingan langsung semasa pemerintahan Pakatan Harapan selama 22 bulan.

    Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, senarai itu dikeluarkan setelah ada permintaan agar projek itu didedahkan.

    Pada hari Isnin (24 Ogos), Meletus kekecohan di Dewan Rakyat setelah Tengku Zafrul mendakwa Pakatan didakwa memberikan kontrak melalui rundingan langsung dan menyaksikan Ahli Parlimen Beruas diarahkan keluar dewan.

    Dalam pada itu Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng turut  meminta Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mendedahkan senarai 101 projek secara rundingan terus bernilai RM6.61 bilion yang diluluskan ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

    “Saya tiada senarai projek itu, MOF (Kementerian Kewangan) yang ada, saya bukan menteri sekarang, saya tak boleh umumkan kerana butirannya tidak pernah dibentangkan dalam mana-mana laporan,” kata bekas Menteri Kewangan itu pada sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.

    Berikut adalah senarai penuh 101 projek berkenaan

    FINAL2_BM_YBMK_Siaran Media_Rundingan Terus_26-08-2020

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini