Kemenangan Rafizi Petanda Jelas Penyokong PKR Tolak Anwar in

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat hilang pengaruh dan kepimpinannya di dalam PKR apabila Rafizi Ramli memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR.

Meskipun ia belum secara rasmi diumumkan, namun Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi percaya ramai pihak di dalam parti tidak mahu Anwar memimpin parti.

“Kemenangan besar Rafizi amat mengejutkan. Ia penolakan terhadap Anwar. Ia juga tekanan kepada Anwar supaya bersara awal. Pengaruh Anwar merosot luar dan dalam

“Majoriti ahli PKR memberi signal, Anwar bukan lagi poster boy atau calon PM yang boleh diharap. Apatah lagi ramai pemimpin pro Anwar tewas di peringkat cabang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media rata-ratanya melaporkan Rafizi secara tidak rasminya memenangi kerusi kedua tertinggi PKR itu semalam.

Rafizi didakwa memenangi lebih 69,000 undi manakala Datuk Seri Saifuddin Nasution memenangi hampir 50,000 undi.

Dalam pada itu, Puad menyifatkan pencabar Rafizi, Saifuddin mempunyai kekuatannya tersendiri apatah lagi diketahui mempunyai kesetiaan pada parti yang tiada tolok bandingnya.

“Tetapi kesetiaan pada parti ketika susah dan senang tidak dapat membantunya untuk menang. Putar alam macam Rafizi lebih diterima.

“Tiada jaminan PKR adalah parti reformasi. Gandingan baru Anwar-Rafizi mengekalkan PKR sebagai parti retorik. Kedua duanya pakar persepsi. Mereka berdua memang sebati,” katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles