Kemenangan PH-BN Di Pulai, Simpang Jeram Bergantung Kepada Pengundi Bukan Melayu

KUALA LUMPUR: Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul berkata pengundi bukan Melayu menjadi faktor penentu kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September ini.

Ini kerana, Pakatan Harapan (PH) yang diwakili Parti Amanah Negara (Amanah) memenangi kedua-dua kerusi tersebut atas sokongan pengundi bukan Melayu.

Menurut beliau, pengundi Cina masih terikut-ikut dengan ‘tsunami Cina’ yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Apakah adanya fakta yang mampu meredakan ‘tsunami Cina’ itu?

“Sambil itu, adakah ‘gelombang Melayu’ semenjak PRU15 dan pilihan raya enam negeri akan melanda Johor pula?” soalnya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Shahrir berpandangan, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi diyakini dapat membawa kesan positif pada kedua-dua PRK tersebut.

Beliau menambah, Onn Hafiz merupakan seorang pemimpin baharu yang telah berkesan dari segi kehadirannya tanpa terbeban dengan kontroversi.

“Di Johor, tidak banyak sebab yang boleh dijadikan sebagai asas untuk diproteskan oleh kedua-dua masyarakat Melayu dan bukan Melayu.

“Kecualilah asas pilihan pengundi ialah semata-mata untuk mengikuti trend sahaja,” jelasnya.

BBerkaitan

Latest articles