Kemenangan PAS Di Parlimen Kuala Terengganu Batal, “Mana Bukti PN Bersih?”

KUALA LUMPUR: Jika benar Perikatan Nasional (PN) membawa imej bersih dan tidak terlibat dengan amalan rasuah, mengapa pula mahkamah membatalkan kemenangan PAS di Parlimen Kuala Terengganu?

Itu persoalan yang dibangkitkan DAP, menerusi Timbalan Pengerusinya, Nga Kor Ming selepas gabungan yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin itu beria-ia mendakwa mereka tidak bermain rasuah dan salah laku.

Sabtu lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzar Hashim yang mewakili Pas pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

“Saya cabar supaya PN yang kata mereka bersih tapi mahkamah tinggi telah mendapati sebenarnya Ahli Parlimen Pas tidak bersih pun.

“Mahkamah telah mendapati Ahli Parlimen Pas terlibat dalam kegiatan berunsur rasuah termasuk beli undi sehingga kerusi Parlimen Kuala Terengganu dikosongkan. Ini terbukti PN memang tak bersih,” kata Kor Ming lagi.

PAS bagaimanapun tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan petisyen pilihan raya bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu sebagai mana yang dinyatakan peguam Wan Rohimi Wan Daud.

Hakim Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril dilaporkan berkata, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd Zubir Embong yang memfailkan petisyen pilihan raya bagi mencabar kemenangan Ahmad Amzad itu berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU15.

Pada PRU15, Ahmad Amzad memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan memperoleh majoriti 40,907 undi selepas menewaskan tiga pencabar lain termasuk Mohd Zubir.

BBerkaitan

Latest articles