Kematian Hud Aryan Dibimbangi Ada Unsur Cuai

KUALA LUMPUR: Kedua-dua ibu bapa kepada Hud Aryan Mohd Nor Hafifi akan dipanggil bagi siasatan lanjut, termausk untuk merakam percakapan mereka, kerana dibimbangi terdapat unsur kecuaian dalam kematian bayi 19 bulan itu.

Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat, berkata hasil bedah siasat dijalankan semalam mendapati tiada kesan kecederaan atau jenayah, namun beliau mengarahkan Ketua Polis Tanah Merah Mohd Haki Hasbullah menjalankan siasatan lanjut.

“Ini berdasarkan tular di TikTok yang mengatakan tidak logik untuk kanak-kanak berusia 19 bulan itu boleh sampai ke sungai dalam beberapa minit sahaja.

“Justeru, polis akan merakam keterangan keluarga termasuk ibu bapa mangsa hari ini. Ini kerana kita bimbang ada unsur kecuaian,” katanya.

Yusoff berkata, bagaimanapun setakat ini pihaknya tidak membuka kertas siasatan sebaliknya mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

Semalam, media melaporkan Hud Aryan ditemui meninggal dunia selepas mayatnya ditemui tersangkut pada pokok di tebing sungai di Kampung Kerila, 4.15 petang.

Penemuan mayat Hud Aryan kira-kira 3km dari lokasi kediaman neneknya dan 45 jam dari tempoh dilaporkan hilang.

BBerkaitan

Latest articles