KUALA LUMPUR: Empat maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan dalam kejadian di Kilometer 123.6 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Pagoh, Johor, semalam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.23 malam berhubung kemalangan antara sebuah BMW 3 Series dengan sebuah lori itu.
Katanya, mereka kemudiannya menghantar enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Terdapat empat mangsa menaiki BMW tersepit dan anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mereka.
“Tiga mangsa termasuk seorang lelaki dan dua perempuan disahkan meninggal di tempat kejadian.
“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan, manakala seorang lagi mangsa yang parah dibawa ke Hospital berhampiran,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.
Menurutnya, operasi itu ditamatkan pada 9.59 malam.